Monday, April 8, 2013

Notis Penutupan Kolam Renang UiTM

Salam 1UiTM & Salam 1Malaysia,

Sesi Renang pada pukul 12.00 tengahari hingga 2.00 petang pada hari Rabu (10 April 2013) untuk sesi Wanita, akan ditutup untuk memberi laluan kepada Ujian Penyelamat Kelemasan Gangsa (Bronze Lifesaving Certificate).

Kolam Renang UiTM akan dibuka seperti biasa pada sesi petang dan seterusnya.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih.

Tuesday, April 2, 2013

Notis Penutupan Kolam Renang

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Mulai hari Isnin (1/4/2013) hingga hari Khamis (4/4/2013), sesi renang waktu petang (5.00 - 7.00 petang) akan ditutup sementara waktu untuk memberi laluan kepada sesi latihan Pasukan Renang UiTM yang akan mengambil bahagian dalam acara renang Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada hujung minggu ini.

Sesi renang waktu petang akan berlangsung semula pada hari Jumaat (5/4/2013).

Sesi renang pada waktu tengahari (12.00 tengahari - 2.00 petang) dan waktu malam (8.00 - 10.00 malam) adalah dibuka seperti biasa.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih.

Friday, February 8, 2013

Penangguhan Pengambilan Peserta Kelas Renang

Salam 1UiTM dan 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sambutan serta sokongan anda semua terhadap kelas renang di Kolam Renang UiTM yang amat memberangsangkan.

Dukacita dimaklumkan bahawa, pengambilan peserta untuk kelas renang di Kolam Renang UiTM terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu bagi bulan Febuari 2013.

Tujuan penangguhan pengambilan peserta kelas renang adalah memberi laluan kepada peserta sedia ada untuk menghabiskan tempoh kelas mereka bersama para instruktor sehingga hujung bulan Febuari 2013 ini.

Pengambilan peserta kelas renang akan disambung semula pada bulan Mac 2013.

Mohon maaf atas segala kesulitan.

Sekali lagi, terima kasih atas sambutan terhadap Kolam Renang UiTM.

Salam.


Notis Penutupan Kolam Renang

Salam 1UiTM dan 1Malaysia,

Sukacita diumumkan, Kolam Renang UiTM akan ditutup sempena Perayaan Tahun Baru Cina seperti berikut:-

Tarikh:   10 - 12 Febuari 2013 (Ahad hingga Selasa)

Kolam Renang UiTM akan kembali beroperasi pada hari Rabu, 13 Febuari 2013 seperti biasa.

Kami mewakili seluruh warga Kolam Renang UiTM, mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti kepada semua pengunjung kami.

Terima kasih.

Saturday, December 8, 2012

Sukan Antara Fakulti 2012 - Renang

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia kepada seluruh warga UiTM serta pengunjung kolam renang UiTM yang setia,

Sukan Antara Fakulti (SAF) kini kembali dan bakal menyaksikan kehebatan atlit-atlit daripada 17 fakulti dari kalangan pelajar-pelajar UiTM.

Pusat Sukan UiTM dengan kerjasama Kolam Renang UiTM dengan sukacitanya mengumumkan SAF acara renang yang akan dijalankan pada:

Tarikh:    9 Disember 2012
Masa:     9.00 pagi - 2.00 petang

Justeru, sesi renang pada hari Sabtu 8 Disember 2012 & Ahad 9 Disember 2012 akan ditutup untuk memberi laluan kepada SAF Renang 2012.

Mari bersama-sama hadir dan memberi sokongan serta sorakan kepada atlit-atlit renang SAF 2012!



Tuesday, October 23, 2012

Notis Penutupan Kolam Renang Sempena Hari Raya Aidiladha

Salam 1UiTM kepada pengunjung kolam renang UiTM yang setia,

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung setia Kolam Renang UiTM, baik dari warga UiTM sendiri dan juga warga luar yang tidak putus-putus mengunjungi kolam renang kami.

Sukacita dimaklumkan, Kolam Renang UiTM akan ditutup sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, bermula dari hari Khamis, 25/10/2012 hingga hari Ahad, 28/10/2012.

Kolam Renang UiTM akan dibuka semula pada hari Isnin, 29/10/2012 seperti biasa mengikut sesi yang ditetapkan.

Kami warga Staf, Jurulatih serta Penyelamat Kelemasan Kolam Renang UiTM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung yang setia.

Tidak ketinggalan, sempena Cuti Pertengahan Sem ini, kami ingin mengucapkan Selamat Bercuti buat warga pelajar UiTM yang dihormati dan dikasihi sekalian.

Terima kasih dan Salam 1UiTM.

Wednesday, March 16, 2011

Kelebihan Berenang

Antara kebaikan berenang yang pasti memberi pelbagai impak positif kepada perenang ialah:
~ Merupakan sunnah yang dituntut selain memanah dan berkuda
~ Mengembalikan kesegaran badan
~ Menghilangkan tekanan
~ Menguatkan otot jantung dan badan
~ Mengekalkan tubuh badan cantik
~ Aktiviti sukan yang paling sihat kerana melibatkan keseluruhan tubuh badan dan tidak mendatangkan risiko kecederaan
~ Sangat disarankan kepada yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma
~ Menghilangkan/ mengurangkan masalah sakit pinggang dan sakit kepala
~ Sangat baik untuk diamalkan untuk proses 'rehabilitation' (pemulihan) selepas kecederaan
~ Senaman yang baik untuk golongan slow-learner dan juga orang kurang upaya


-------------------------------------------------------------------------------
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim)

Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.

Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.

Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.
Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:
(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Berenang merupakan latihan aerobik yang popular. Ianya juga merupakan latihan terbaik kepada sesiapa yang memerlukan kemantapan kesihatan dan sentiasa aktif. Aktiviti berenang melibatkan banyak otot dibahagian atas dan bawah badan berbanding bentuk latihan yang lain. Sebagai contoh, aktiviti berjogging atau berbasikal hanya menggunakan otot bawah iaitu kaki sahaja. Tambahan pula, aktiviti aerobik dipercayai boleh mengurangkan kesan sampingan akibat stress.

Secara keseluruhan, berenang adalah bentuk latihan yang terbaik. Ini adalah kerana ketumpatan badan adalah menghampiri ketumpatan air. Badan akan disokong oleh air dan stress tumpuan pada sambungan (joints) dan tulang adalah minima. Memandangkan keapungan air melindungi bahagian sambungan, latihan diair adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang mengalami berat badan. Berenang juga diamalkan untuk proses rehabilitation selepas kecederaan atau untuk orang kurang upaya. Ianya juga selamat kepada mereka yang berumur dan wanita mengandung.

Pada kebanyakan orang dewasa, bahagian atas badan merupakan bahagian paling lemah. Dengan berenang, bahagian atas badan dan tangan bekerja lebih berbanding bahagian bawah iaitu kaki. Secara khusus, berenang dan bentuk latihan diair seperti aerobik memberikan faedah kepada cardiovascular dan merupakan salah satu bentuk latihan yang menggerakkan keseluruhan badan. Latihan diair yang suam juga merupakan kaedah terbaik kepada mereka yang mengalami penyakit sendi atau sengal (arthritis).

credit to :-> kamelsempoi.blogspot.com

Saturday, December 25, 2010

F.A.Q.

Frequently Asked Questions (Soalan sering ditanya):

1. Siapakah jurulatih yang akan mengajar?

- Jurulatih yang mengajar adalah jurulatih yang dilantik oleh UiTM yang memiliki sijil penyelamat dan sijil jurulatih daripada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia. Kanak-kanak dan lelaki dewasa akan diajar oleh jurulatih lelaki dan wanita dewasa akan diajar oleh jurulatih wanita.

2. Bilakah waktu kelas renang akan dijalankan? (Waktu pilihan)
- Kelas Renang lelaki & kanak-kanak akan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad dari jam 11am-1pm.
- Kelas Renang wanita akan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad dari jam 9am-11am. Atau pada hari Rabu 8pm-10pm, atau Jumaat 5pm-7pm, atau 8pm-10pm.

3. Bolehkan kelas renang dijalankan selain daripada waktu di atas?
- Boleh tetapi mestilah dengan perbincangan dengan pihak kolam renang UiTM dan penyertaan mestilah secara berkumpulan (minimum 7 orang). Permintaan individu selain waktu yang dikhaskan tidak akan dilayan.
- Waktu kelas renang lain adalah waktu yang tidak bercanggah dengan waktu sesi mengikut jantina.

4. Bagaimana saya ingin tahu bila kelas saya akan bermula setelah borang kelas renang dihantar?

- Tiada jaminan dari pihak kami bila kelas renang akan bermula kerana kelas renang akan dimulakan sebaik sahaja pendaftaran mencukupi 7 orang. Setelah cukup, jurulatih yang dilantik akan menghubungi anda untuk memulakan kelas.

5. Saya ingin memulakan kelas renang dengan cepat dan menamatkannya dengan cepat?
- Boleh, seandainya anda menghantar bersama-sama borang kelas renang 7 orang sekaligus (berkumpulan), pihak kami tidak mempunyai masalah untuk terus melantik jurulatih yang ada untuk terus memulakan kelas. Malahan, anda boleh memilih jadual kelas renang anda sendiri.

6. Seandainya saya tidak menghadiri kelas renang, bolehkan saya menggantikannya?
- Polisi kami tidak membenarkan anda tidak hadir ke kelas renang kerana kelas diadakan secara berkumpulan. Namun, jika ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sila berbincang dengan jurulatih yang dilantik untuk menyelesaikan masalah anda. Namun, jika anda tidak hadir ke kelas renang tanpa sebarang alasan/pemberitahuan, tiada gantian kelas akan dibuat.

7. Apakah prosedur pemakaian di kolam renang?
- Sila rujuk gambar peraturan pemakaian renang. Pakaian mestilah pakaian khusus untuk renang. Swimming cap adalah diwajibkan. Pemakaian goggle adalah digalakkan kerana air kolam yang berklorin akan menyebabkan mata anda tidak selesa untuk berenang.
Lelaki: Wajib memakai seluar tight dan swim cap. (baju tidak wajib)
Wanita: Contoh pakaian seperti gambar tertera beserta swim cap.

8. Bilakah saya perlu membayar yuran kelas renang?
- Bayaran perlu dibuat setelah anda menghadiri kelas renang pertama di kaunter kolam renang.

9. Berapa lama kelas renang akan berjalan?
- Kebiasaannya, kelas akan dijalankan selama 2 jam. 5 kali kehadiran membolehkan 10 jam kelas renang ditamatkan. Jika dibuat secara mingguan, kelas akan tamat selepas 5 minggu.

10. Adakah orang yang berumur 40 atau 50-an boleh belajar renang?
- Ada keinginan & kemahuan, tiada masalah.

11. Adakah terdapat kelas renang bayi dan kanak-kanak di bawah 5 tahun?
- Setakat ini, tiada kelas renang dan perkhidmatan seperti itu yang disediakan.

12. Adakah terdapat kadar bayaran istimewa / pengurangan harga untuk bekas pelajar/ penyertaan ramai/ kelas berterusan?
- Kadar bayaran adalah ditetapkan oleh pihak bendahari dan pengurusan UiTM. Pihak kolam renang tiada kuasa untuk memberi sebarang tawaran harga/ diskaun untuk kadar yang telah ditetapkan.

Untuk wanita sahaja - Bagaimana jika kelas berjalan, saya mempunyai masalah wanita (datang bulan)?
- Kelas tetap berjalan seperti biasa. Darah haid tidak akan keluar jika peserta berada di dalam kolam renang disebabkan oleh tekanan air. Namun peserta dinasihatkan untuk menjaga kebersihan sebelum/selepas kelas renang.
Saya mengandung, adakah boleh saya menyertai kelas renang?
- Ya, selagi tidak memudaratkan, berenang sangat baik untuk ibu yang mengandung kerana memudahkan proses persalinan kelak.