Saturday, December 25, 2010

F.A.Q.

Frequently Asked Questions (Soalan sering ditanya):

1. Siapakah jurulatih yang akan mengajar?

- Jurulatih yang mengajar adalah jurulatih yang dilantik oleh UiTM yang memiliki sijil penyelamat dan sijil jurulatih daripada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia. Kanak-kanak dan lelaki dewasa akan diajar oleh jurulatih lelaki dan wanita dewasa akan diajar oleh jurulatih wanita.

2. Bilakah waktu kelas renang akan dijalankan? (Waktu pilihan)
- Kelas Renang lelaki & kanak-kanak akan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad dari jam 11am-1pm.
- Kelas Renang wanita akan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad dari jam 9am-11am. Atau pada hari Rabu 8pm-10pm, atau Jumaat 5pm-7pm, atau 8pm-10pm.

3. Bolehkan kelas renang dijalankan selain daripada waktu di atas?
- Boleh tetapi mestilah dengan perbincangan dengan pihak kolam renang UiTM dan penyertaan mestilah secara berkumpulan (minimum 7 orang). Permintaan individu selain waktu yang dikhaskan tidak akan dilayan.
- Waktu kelas renang lain adalah waktu yang tidak bercanggah dengan waktu sesi mengikut jantina.

4. Bagaimana saya ingin tahu bila kelas saya akan bermula setelah borang kelas renang dihantar?

- Tiada jaminan dari pihak kami bila kelas renang akan bermula kerana kelas renang akan dimulakan sebaik sahaja pendaftaran mencukupi 7 orang. Setelah cukup, jurulatih yang dilantik akan menghubungi anda untuk memulakan kelas.

5. Saya ingin memulakan kelas renang dengan cepat dan menamatkannya dengan cepat?
- Boleh, seandainya anda menghantar bersama-sama borang kelas renang 7 orang sekaligus (berkumpulan), pihak kami tidak mempunyai masalah untuk terus melantik jurulatih yang ada untuk terus memulakan kelas. Malahan, anda boleh memilih jadual kelas renang anda sendiri.

6. Seandainya saya tidak menghadiri kelas renang, bolehkan saya menggantikannya?
- Polisi kami tidak membenarkan anda tidak hadir ke kelas renang kerana kelas diadakan secara berkumpulan. Namun, jika ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sila berbincang dengan jurulatih yang dilantik untuk menyelesaikan masalah anda. Namun, jika anda tidak hadir ke kelas renang tanpa sebarang alasan/pemberitahuan, tiada gantian kelas akan dibuat.

7. Apakah prosedur pemakaian di kolam renang?
- Sila rujuk gambar peraturan pemakaian renang. Pakaian mestilah pakaian khusus untuk renang. Swimming cap adalah diwajibkan. Pemakaian goggle adalah digalakkan kerana air kolam yang berklorin akan menyebabkan mata anda tidak selesa untuk berenang.
Lelaki: Wajib memakai seluar tight dan swim cap. (baju tidak wajib)
Wanita: Contoh pakaian seperti gambar tertera beserta swim cap.

8. Bilakah saya perlu membayar yuran kelas renang?
- Bayaran perlu dibuat setelah anda menghadiri kelas renang pertama di kaunter kolam renang.

9. Berapa lama kelas renang akan berjalan?
- Kebiasaannya, kelas akan dijalankan selama 2 jam. 5 kali kehadiran membolehkan 10 jam kelas renang ditamatkan. Jika dibuat secara mingguan, kelas akan tamat selepas 5 minggu.

10. Adakah orang yang berumur 40 atau 50-an boleh belajar renang?
- Ada keinginan & kemahuan, tiada masalah.

11. Adakah terdapat kelas renang bayi dan kanak-kanak di bawah 5 tahun?
- Setakat ini, tiada kelas renang dan perkhidmatan seperti itu yang disediakan.

12. Adakah terdapat kadar bayaran istimewa / pengurangan harga untuk bekas pelajar/ penyertaan ramai/ kelas berterusan?
- Kadar bayaran adalah ditetapkan oleh pihak bendahari dan pengurusan UiTM. Pihak kolam renang tiada kuasa untuk memberi sebarang tawaran harga/ diskaun untuk kadar yang telah ditetapkan.

Untuk wanita sahaja - Bagaimana jika kelas berjalan, saya mempunyai masalah wanita (datang bulan)?
- Kelas tetap berjalan seperti biasa. Darah haid tidak akan keluar jika peserta berada di dalam kolam renang disebabkan oleh tekanan air. Namun peserta dinasihatkan untuk menjaga kebersihan sebelum/selepas kelas renang.
Saya mengandung, adakah boleh saya menyertai kelas renang?
- Ya, selagi tidak memudaratkan, berenang sangat baik untuk ibu yang mengandung kerana memudahkan proses persalinan kelak.