Thursday, November 7, 2013

SAF Renang 2013

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Apa khabar semua?

Harap semua sihat sentiasa.

Sukacita diumumkan, Kolam Renang UiTM akan menganjurkan Sukan Antara Fakuti (SAF) 2013 acara Renang yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad, 9 - 10 November 2013.

Sesi renang pada hari Sabtu dan Ahad tersebut akan ditutup untuk memberi laluan kepada perjalanan SAF Renang 2013.

Sesi renang Kolam Renang UiTM akan dibuka semula seperti biasa pada Isnin, 11 November 2013.

Terima kasih dan harap maklum.




Saturday, October 12, 2013

Penutupan Kolam Renang Sempena Hari Raya Aidiladha

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Sukacitanya diumumkan bahawa Kolam Renang UiTM akan ditutup pada hari Isnin dan Selasa (14 - 15 Oktober 2013) sempena Cuti Hari Raya Aidiladha.

Kolam Renang UiTM akan beroperasi semula pada hari Rabu, 16 Oktober 2013.

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung Kolam Renang UiTM.

Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat bercuti!

Jumpa lagi di Kolam Renang UiTM!


Wednesday, October 9, 2013

Penangguhan Pengambilan Kelas Renang Wanita Sahaja

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan para pengunjung Kolam Renang UiTM.

Sambutan terhadap kelas renang wanita adalah di luar jangkaan kami; saban hari kami menerima banyak borang permohonan kelas renang wanita untuk semua sesi yang dijalankan.

Atas sambutan luar biasa, kami terpaksa menangguhkan semua permohonan KELAS RENANG WANITA di mana kami kini dalam proses menghabiskan kelas renang sedia ada yang dijangka akan tamat selewat-lewatnya bulan November 2013.

Permohonan yang diterima sehingga hujung bulan September 2013 akan diproses secepat mungkin supaya kelas dapat dimulakan dengan kadar segera.

Permohonan kelas renang wanita baharu akan dimulakan pada bulan November 2013 nanti.

Kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan mengenai penangguhan penerimaan kelas renang untuk Wanita ini.

Terima kasih atas sokongan anda dan semoga berjumpa di Kolam Renang UiTM!




Sunday, September 15, 2013

Penutupan Kolam Renang Sempena Hari Malaysia

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Kolam Renang UiTM akan ditutup pada hari Isnin, 16 September 2013 sempena Hari Malaysia.

Kolam renang akan dibuka semula pada hari Selasa, 17 September 2013.

Selamat Menyambut Hari Malaysia dan selamat bercuti!

Terima kasih.

Friday, August 30, 2013

Penutupan Kolam Renang UiTM Sempena Hari Kemerdekaan

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Kolam Renang UiTM akan ditutup pada hari Sabtu, 31 Ogos 2013 dan Ahad, 1 September 2013 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56.

Kolam renang akan dibuka semula pada hari Isnin, 2 September 2013.

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku



Terima kasih.

Sunday, August 18, 2013

Jom Renang!

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Apa khabar semua?

Semoga berakhirnya bulan Ramadhan dan mulanya bulan Syawal ini membuka lembaran baru kepada kita semua.

Sukacita diumumkan, Kolam Renang UiTM akan memulakan operasi seperti biasa mulai hari ini, Isnin 19 Ogos 2013.

Untuk maklumat lanjut mengenai sesi dan jadual renang, bolehlah merujuk kepada pautan 'Sesi Renang' kami.

Kelas renang juga akan disambung semula mulai 24 Ogos 2013; kepada anda yang telah menghantar borang kelas renang kepada kami, pihak kami akan menghubungi anda selewat-lewatnya pada minggu ini.

Jumpa di kolam renang!



Thursday, July 11, 2013

Penutupan Kolam Renang UiTM Sempena Bulan Ramadhan

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kunjungan anda ke kolam renang kami sepanjang tahun ini.

Sukacita kami ingin mengumumkan penutupan Kolam Renang UiTM sempena bulan Ramadhan yang mulia ini seperti berikut:-

Tarikh tutup: 10 Julai 2013
Tarikh kolam dijangka buka: 19 Ogos 2013

Kolam dijangka akan dibuka semula pada Isnin, 19 Ogos 2013.

Seluruh warga kerja Kolam Renang UiTM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung kolam renang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 03-55435622 atau e-mel kepada kami di kolamrenanguitm@gmail.com.

Semoga berjumpa lagi.

Salam.

Monday, June 17, 2013

Penangguhan Pengambilan Kelas Renang

Salam 1UiTM & Salam 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua ke atas Kolam Renang UiTM.

Kami merasa amat seronok melihat Kolam Renang UiTM yang sentiasa meriah dengan kunjungan anda semua, tidak kira sesi, waktu dan hari.

Kami di sini ingin memaklumkan bahawa Kolam Renang UiTM akan menangguhkan segala permohonan kelas renang untuk bulan Jun 2013, untuk memberi laluan menamatkan kelas renang yang sedang berlangsung sekarang dan juga sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan.

Penangguhan pengambilan kelas renang ini juga akan diteruskan sepanjang bulan Julai 2013, sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangkakan pada  8/9 Ogos 2013.

Untuk makluman, Kolam Renang UiTM akan ditutup sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.

Kami akan memaklumkan sesi kelas renang yang baru kelak.

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh dikemukakan ke e-mel kami di kolamrenanguitm@gmail.com.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekali lagi, terima kasih atas sambutan terhadap Kolam Renang UiTM.

Jumpa lagi.




Friday, May 31, 2013

Notis Penutupan Kolam Renang UiTM

Salam 1UiTM & Salam 1Malaysia,

Kolam Renang UiTM akan ditutup pada hari Sabtu, 1 Jun 2013 sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kolam renang akan dibuka semula seperti biasa pada hari Ahad, 2 Jun 2013.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih.

Monday, April 8, 2013

Notis Penutupan Kolam Renang UiTM

Salam 1UiTM & Salam 1Malaysia,

Sesi Renang pada pukul 12.00 tengahari hingga 2.00 petang pada hari Rabu (10 April 2013) untuk sesi Wanita, akan ditutup untuk memberi laluan kepada Ujian Penyelamat Kelemasan Gangsa (Bronze Lifesaving Certificate).

Kolam Renang UiTM akan dibuka seperti biasa pada sesi petang dan seterusnya.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih.

Tuesday, April 2, 2013

Notis Penutupan Kolam Renang

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Mulai hari Isnin (1/4/2013) hingga hari Khamis (4/4/2013), sesi renang waktu petang (5.00 - 7.00 petang) akan ditutup sementara waktu untuk memberi laluan kepada sesi latihan Pasukan Renang UiTM yang akan mengambil bahagian dalam acara renang Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada hujung minggu ini.

Sesi renang waktu petang akan berlangsung semula pada hari Jumaat (5/4/2013).

Sesi renang pada waktu tengahari (12.00 tengahari - 2.00 petang) dan waktu malam (8.00 - 10.00 malam) adalah dibuka seperti biasa.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih.

Friday, February 8, 2013

Penangguhan Pengambilan Peserta Kelas Renang

Salam 1UiTM dan 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sambutan serta sokongan anda semua terhadap kelas renang di Kolam Renang UiTM yang amat memberangsangkan.

Dukacita dimaklumkan bahawa, pengambilan peserta untuk kelas renang di Kolam Renang UiTM terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu bagi bulan Febuari 2013.

Tujuan penangguhan pengambilan peserta kelas renang adalah memberi laluan kepada peserta sedia ada untuk menghabiskan tempoh kelas mereka bersama para instruktor sehingga hujung bulan Febuari 2013 ini.

Pengambilan peserta kelas renang akan disambung semula pada bulan Mac 2013.

Mohon maaf atas segala kesulitan.

Sekali lagi, terima kasih atas sambutan terhadap Kolam Renang UiTM.

Salam.


Notis Penutupan Kolam Renang

Salam 1UiTM dan 1Malaysia,

Sukacita diumumkan, Kolam Renang UiTM akan ditutup sempena Perayaan Tahun Baru Cina seperti berikut:-

Tarikh:   10 - 12 Febuari 2013 (Ahad hingga Selasa)

Kolam Renang UiTM akan kembali beroperasi pada hari Rabu, 13 Febuari 2013 seperti biasa.

Kami mewakili seluruh warga Kolam Renang UiTM, mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti kepada semua pengunjung kami.

Terima kasih.