Friday, February 8, 2013

Penangguhan Pengambilan Peserta Kelas Renang

Salam 1UiTM dan 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sambutan serta sokongan anda semua terhadap kelas renang di Kolam Renang UiTM yang amat memberangsangkan.

Dukacita dimaklumkan bahawa, pengambilan peserta untuk kelas renang di Kolam Renang UiTM terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu bagi bulan Febuari 2013.

Tujuan penangguhan pengambilan peserta kelas renang adalah memberi laluan kepada peserta sedia ada untuk menghabiskan tempoh kelas mereka bersama para instruktor sehingga hujung bulan Febuari 2013 ini.

Pengambilan peserta kelas renang akan disambung semula pada bulan Mac 2013.

Mohon maaf atas segala kesulitan.

Sekali lagi, terima kasih atas sambutan terhadap Kolam Renang UiTM.

Salam.


3 comments:

  1. Aswtwbkth. Kawan saya, Sharifah Hasnah berumur 47 tahun ingin myertai kelas renang. Boleh tolong lampirkan jadual kelas. JZKMKK

    ReplyDelete
  2. bila nak buka nyeee....wait for too long.

    ReplyDelete
  3. Kira i bertuah lg dr kawan u coz dlm umur 35 i dah pandai swim after attend a class..but lg bertuah if kids dah awal2 blajar renang..it' s mean that puasla sgt2 mereka ini masuk pool n sea sampaila umur tua....heheee..

    ReplyDelete