Monday, June 17, 2013

Penangguhan Pengambilan Kelas Renang

Salam 1UiTM & Salam 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua ke atas Kolam Renang UiTM.

Kami merasa amat seronok melihat Kolam Renang UiTM yang sentiasa meriah dengan kunjungan anda semua, tidak kira sesi, waktu dan hari.

Kami di sini ingin memaklumkan bahawa Kolam Renang UiTM akan menangguhkan segala permohonan kelas renang untuk bulan Jun 2013, untuk memberi laluan menamatkan kelas renang yang sedang berlangsung sekarang dan juga sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan.

Penangguhan pengambilan kelas renang ini juga akan diteruskan sepanjang bulan Julai 2013, sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangkakan pada  8/9 Ogos 2013.

Untuk makluman, Kolam Renang UiTM akan ditutup sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.

Kami akan memaklumkan sesi kelas renang yang baru kelak.

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh dikemukakan ke e-mel kami di kolamrenanguitm@gmail.com.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekali lagi, terima kasih atas sambutan terhadap Kolam Renang UiTM.

Jumpa lagi.