Saturday, October 12, 2013

Penutupan Kolam Renang Sempena Hari Raya Aidiladha

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Sukacitanya diumumkan bahawa Kolam Renang UiTM akan ditutup pada hari Isnin dan Selasa (14 - 15 Oktober 2013) sempena Cuti Hari Raya Aidiladha.

Kolam Renang UiTM akan beroperasi semula pada hari Rabu, 16 Oktober 2013.

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung Kolam Renang UiTM.

Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat bercuti!

Jumpa lagi di Kolam Renang UiTM!


Wednesday, October 9, 2013

Penangguhan Pengambilan Kelas Renang Wanita Sahaja

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan para pengunjung Kolam Renang UiTM.

Sambutan terhadap kelas renang wanita adalah di luar jangkaan kami; saban hari kami menerima banyak borang permohonan kelas renang wanita untuk semua sesi yang dijalankan.

Atas sambutan luar biasa, kami terpaksa menangguhkan semua permohonan KELAS RENANG WANITA di mana kami kini dalam proses menghabiskan kelas renang sedia ada yang dijangka akan tamat selewat-lewatnya bulan November 2013.

Permohonan yang diterima sehingga hujung bulan September 2013 akan diproses secepat mungkin supaya kelas dapat dimulakan dengan kadar segera.

Permohonan kelas renang wanita baharu akan dimulakan pada bulan November 2013 nanti.

Kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan mengenai penangguhan penerimaan kelas renang untuk Wanita ini.

Terima kasih atas sokongan anda dan semoga berjumpa di Kolam Renang UiTM!