Thursday, November 7, 2013

SAF Renang 2013

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Apa khabar semua?

Harap semua sihat sentiasa.

Sukacita diumumkan, Kolam Renang UiTM akan menganjurkan Sukan Antara Fakuti (SAF) 2013 acara Renang yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad, 9 - 10 November 2013.

Sesi renang pada hari Sabtu dan Ahad tersebut akan ditutup untuk memberi laluan kepada perjalanan SAF Renang 2013.

Sesi renang Kolam Renang UiTM akan dibuka semula seperti biasa pada Isnin, 11 November 2013.

Terima kasih dan harap maklum.




No comments:

Post a Comment