Monday, August 11, 2014

Jom Berenang!

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Apa khabar semua?

Sukacita diumumkan, Kolam Renang UiTM akan memulakan operasi seperti biasa mulai Isnin, 11 Ogos 2014.

Sesi dan jadual renang boleh didapati di pautan 'Sesi Renang' kami.

Sesi kelas renang juga akan dimulakan pada Isnin, 18 Ogos 2014; kepada yang sudah menghantar borang, pihak kami akan menghubungi tuan/puan selewat-lewatnya pada minggu ini.

Pendaftaran untuk kelas renang akan dibuka sehingga hujung bulan Ogos 2014.

Makluman lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Semoga berjumpa di Kolam Renang UiTM!





Monday, June 30, 2014

Penutupan Kolam Renang UiTM Sempena Bulan Ramadhan

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kunjungan anda ke kolam renang kami sepanjang tahun ini.

Sukacita kami ingin mengumumkan penutupan Kolam Renang UiTM sempena bulan Ramadhan yang mulia ini seperti berikut:-

Tarikh tutup: 28 Jun 2014
Tarikh kolam dijangka buka: 11 Ogos 2014

Kolam dijangka akan dibuka semula pada Isnin, 11 Ogos 2014.

Seluruh warga kerja Kolam Renang UiTM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung kolam renang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 03-55435622 atau e-mel kepada kami di kolamrenanguitm@gmail.com.

Semoga berjumpa lagi.

Salam.

Friday, June 6, 2014

Notis Penutupan Kolam Renang UiTM

Salam 1 UiTM dan Salam 1Malaysia,

Untuk makluman, Kolam Renang UiTM akan ditutup pada hari Sabtu, 7 Jun 2014 sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Koalm Renang UiTM akan dibuka semula seperti biasa pada hari Ahad, 8 Jun 2014.

Terima kasih dan selamat berehat di hujung minggu.

Saturday, May 17, 2014

Pengumuman - Penangguhan Pengambilan Peserta Kelas Renang

Salam 1UiTM & Salam 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua ke atas Kolam Renang UiTM.

Kami merasa amat gembira melihat Kolam Renang UiTM senantiasa dikunjungi anda semua tidak kira hari dan sesi.

Untuk makluman, Kolam Renang UiTM akan menangguhkan segala permohonan kelas renang mulai minggu ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak, untuk memberi laluan menamatkan kelas renang yang sedang berlangsung sekarang dan juga sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan.

Penangguhan ini dijangka akan ditamatkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangkakan pada hujung bulan Julai 2014.

Untuk makluman juga, Kolam Renang UiTM akan ditutup sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh dikemukakan ke e-mel kami di kolamrenanguitm@gmail.com.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekali lagi, terima kasih atas sambutan terhadap Kolam Renang UiTM.

Jumpa lagi.

Monday, May 12, 2014

Notis Penutupan Kolam Renang UiTM

Salam 1 UiTM dan Salam 1Malaysia,

Harap pengunjung kolam kami berada dalam keadaan sihat senantiasa.

Untuk makluman, Kolam Renang UiTM akan ditutup pada hari Selasa, 13 Mei 2014 sempena cuti umum bagi perayaan Hari Wesak.

Kolam renang kami akan dibuka semula seperti biasa pada Rabu, 14 Mei 2014.

Harap maklum.

Selamat bercuti semua dan jumpa di Kolam Renang UiTM kelak!

Terima kasih.

Thursday, April 24, 2014

Notis Penutupan Kolam Renang UiTM

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Untuk makluman, Kolam Renang UiTM terpaksa ditutup pada sesi WANITA TENGAHARI 1230 tengah hari - 230 petang, Jumaat 25 April 2014 kerana ketiadaan Penyelamat Kelemasan Wanita untuk bertugas.

Kolam Renang UiTM akan dibuka seperti biasa pada sesi wanita petang 5.00 - 7.00 petang hari yang sama.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Terima kasih.

Friday, April 4, 2014

Notis Penutupan Kolam Renang pada 5 April 2014

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Kami harap semua pengunjung Kolam Renang UiTM berada dalam keadaan sihat dan cergas sentiasa!

Untuk makluman, Kolam Renang UiTM akan ditutup dari pukul 2.00 petang - 7.00 malam pada hari Sabtu, 5 April 2014 untuk aktiviti 'discovery scuba diving'.

Kolam Renang UiTM akan dibuka seperti biasa pada Ahad, 6 April 2014.

Mohon maaf atas kesulitan.

Semoga berjumpa di Kolam Renang UiTM!

Terima kasih.

Sunday, March 23, 2014

Notis Penutupan Kolam Renang pada Rabu 26 Mac 2014

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Apa khabar para pengunjung Kolam Renang UiTM? Harap sihat sentiasa dan terus aktif berenang!

Untuk makluman, sesi tengahari pada Rabu, 24 Mac 2014 (sesi wanita) akan ditutup untuk memberi laluan kepada 'Turtle Swimming Academy Swimming Competition' yang akan berlangsung pada hari sama dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

Kolam Renang akan dibuka semula pada sesi petang dan seterusnya.

Terima kasih atas sokongan terhadap kami.

Jumpa di Kolam Renang UiTM!

Thursday, January 30, 2014

Penutupan Kolam Renang UiTM Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Kolam Renang UiTM akan ditutup pada hari Jumaat, 31 Januari 2014 sempena Perayaan Tahun Baru Cina.

Kolam Renang UiTM akan dibuka semula pada Sabtu, 1 Februari 2014.

Selamat Tahun Baru Cina!

Terima kasih.

Penutupan Kolam Renang UiTM Sempena Latihan Pusat Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) Renang

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih atas sokongan berterusan anda semua terhadap Kolam Renang UiTM.

Harap maklum, sesi petang (5 - 7 petang) akan ditutup pada setiap hari mulai 27 Januari 2014 hingga 9 Februari 2014 untuk memberi laluan kepada latihan atlit renang UiTM yang akan mengambil bahagian dalam acara Renang Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT).

Sesi tengahari (12 tengahari - 2 petang) dan sesi malam (8 - 10 malam) pada hari Isnin hingga Jumaat akan dibuka seperti biasa manakala sesi petang (2 - 4 petang) pada hari Sabtu/Ahad juga akan dibuka seperti biasa sepanjang tempoh tersebut.

Selamat Maju Jaya kepada atlit-atlit Renang serta seluruh kontinjen atlit SUKIPT UiTM 2014!

Terima kasih.


Monday, January 20, 2014

Carta Alir Kelas Renang Kompleks Renang UiTM

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Untuk makluman, proses pendaftaran kelas renang telah diubah atas arahan Pusat Sukan UiTM dan Bendahari UiTM.

Anda boleh rujuk kepada carta alir kelas renang seperti dinyatakan di bawah:-

CARTA ALIR KELAS RENANG KOMPLEKS KOLAM RENANG UITM
1. Dapatkan borang Kelas Renang di Kaunter Kolam Renang UiTM
(Boleh juga dimuat turun di sini).

2. Pembayaran Yuran Kelas Renang hendaklah dibayar (bank-in) terus ke BENDAHARI UiTM melalui Affin Bank di nombor akaun 105140003422.

3. Dapatkan resit atau salinan slip pembayaran Affin Bank untuk setiap pembayaran kelas renang dan kepilkan bersama borang kelas renang. Borang kelas renang beserta slip pembayaran tersebut hendaklah diserahkan di kaunter Kolam Renang UiTM.

4. Jurulatih Renang yang dilantik akan membuat panggilan (SMS/Telefon) untuk memulakan Kelas
(Apabila terdapat MINIMUM 7 orang pelajar berdaftar untuk 1 Kelas Renang).

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di 03-55435622

Terima kasih dan semoga berjumpa di Kolam Renang UiTM!