Thursday, January 30, 2014

Penutupan Kolam Renang UiTM Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Kolam Renang UiTM akan ditutup pada hari Jumaat, 31 Januari 2014 sempena Perayaan Tahun Baru Cina.

Kolam Renang UiTM akan dibuka semula pada Sabtu, 1 Februari 2014.

Selamat Tahun Baru Cina!

Terima kasih.

Penutupan Kolam Renang UiTM Sempena Latihan Pusat Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) Renang

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih atas sokongan berterusan anda semua terhadap Kolam Renang UiTM.

Harap maklum, sesi petang (5 - 7 petang) akan ditutup pada setiap hari mulai 27 Januari 2014 hingga 9 Februari 2014 untuk memberi laluan kepada latihan atlit renang UiTM yang akan mengambil bahagian dalam acara Renang Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT).

Sesi tengahari (12 tengahari - 2 petang) dan sesi malam (8 - 10 malam) pada hari Isnin hingga Jumaat akan dibuka seperti biasa manakala sesi petang (2 - 4 petang) pada hari Sabtu/Ahad juga akan dibuka seperti biasa sepanjang tempoh tersebut.

Selamat Maju Jaya kepada atlit-atlit Renang serta seluruh kontinjen atlit SUKIPT UiTM 2014!

Terima kasih.


Monday, January 20, 2014

Carta Alir Kelas Renang Kompleks Renang UiTM

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Untuk makluman, proses pendaftaran kelas renang telah diubah atas arahan Pusat Sukan UiTM dan Bendahari UiTM.

Anda boleh rujuk kepada carta alir kelas renang seperti dinyatakan di bawah:-

CARTA ALIR KELAS RENANG KOMPLEKS KOLAM RENANG UITM
1. Dapatkan borang Kelas Renang di Kaunter Kolam Renang UiTM
(Boleh juga dimuat turun di sini).

2. Pembayaran Yuran Kelas Renang hendaklah dibayar (bank-in) terus ke BENDAHARI UiTM melalui Affin Bank di nombor akaun 105140003422.

3. Dapatkan resit atau salinan slip pembayaran Affin Bank untuk setiap pembayaran kelas renang dan kepilkan bersama borang kelas renang. Borang kelas renang beserta slip pembayaran tersebut hendaklah diserahkan di kaunter Kolam Renang UiTM.

4. Jurulatih Renang yang dilantik akan membuat panggilan (SMS/Telefon) untuk memulakan Kelas
(Apabila terdapat MINIMUM 7 orang pelajar berdaftar untuk 1 Kelas Renang).

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di 03-55435622

Terima kasih dan semoga berjumpa di Kolam Renang UiTM!