Monday, January 20, 2014

Carta Alir Kelas Renang Kompleks Renang UiTM

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Untuk makluman, proses pendaftaran kelas renang telah diubah atas arahan Pusat Sukan UiTM dan Bendahari UiTM.

Anda boleh rujuk kepada carta alir kelas renang seperti dinyatakan di bawah:-

CARTA ALIR KELAS RENANG KOMPLEKS KOLAM RENANG UITM
1. Dapatkan borang Kelas Renang di Kaunter Kolam Renang UiTM
(Boleh juga dimuat turun di sini).

2. Pembayaran Yuran Kelas Renang hendaklah dibayar (bank-in) terus ke BENDAHARI UiTM melalui Affin Bank di nombor akaun 105140003422.

3. Dapatkan resit atau salinan slip pembayaran Affin Bank untuk setiap pembayaran kelas renang dan kepilkan bersama borang kelas renang. Borang kelas renang beserta slip pembayaran tersebut hendaklah diserahkan di kaunter Kolam Renang UiTM.

4. Jurulatih Renang yang dilantik akan membuat panggilan (SMS/Telefon) untuk memulakan Kelas
(Apabila terdapat MINIMUM 7 orang pelajar berdaftar untuk 1 Kelas Renang).

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di 03-55435622

Terima kasih dan semoga berjumpa di Kolam Renang UiTM!

No comments:

Post a Comment