Thursday, January 30, 2014

Penutupan Kolam Renang UiTM Sempena Latihan Pusat Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) Renang

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih atas sokongan berterusan anda semua terhadap Kolam Renang UiTM.

Harap maklum, sesi petang (5 - 7 petang) akan ditutup pada setiap hari mulai 27 Januari 2014 hingga 9 Februari 2014 untuk memberi laluan kepada latihan atlit renang UiTM yang akan mengambil bahagian dalam acara Renang Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT).

Sesi tengahari (12 tengahari - 2 petang) dan sesi malam (8 - 10 malam) pada hari Isnin hingga Jumaat akan dibuka seperti biasa manakala sesi petang (2 - 4 petang) pada hari Sabtu/Ahad juga akan dibuka seperti biasa sepanjang tempoh tersebut.

Selamat Maju Jaya kepada atlit-atlit Renang serta seluruh kontinjen atlit SUKIPT UiTM 2014!

Terima kasih.


1 comment:

  1. Assalamualaikum, sedikit komen berkenaan life guard di Kolam Renang. Saya memuji uitm mengasingkan sesi renang lelaki dan perempuan.Usaha tersebut sangatlah terpuji dimana kita berusaha memelihara ikhtilat antara lelaki dan wanita.Namun, kecewa apabila mendapati life guard semasa sesi renang wanita, life guard yang ditugaskan adalah lelaki. Apabila ditanya mengapa lifeguard ditukar kepada lelaki, jawapan yang diberikan amat mengecewakan. Dikatakan life guard wanita tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai 'life guard' apabila terjadinya kejadian lemas. Sungguh mengecewakan,kerana sahabat saya pernah hampir lemas di kolam tersebut, namun berjaya diselamatkan oleh life guard 'perempuan'. Mohon pihak uitm menukarkan kembali life guard perempuan bagi sesi renang wanita. Semoga usaha pihak uitm mendapat redha Allah kerana itulah yang sebaiknya.

    ReplyDelete