Saturday, May 17, 2014

Pengumuman - Penangguhan Pengambilan Peserta Kelas Renang

Salam 1UiTM & Salam 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua ke atas Kolam Renang UiTM.

Kami merasa amat gembira melihat Kolam Renang UiTM senantiasa dikunjungi anda semua tidak kira hari dan sesi.

Untuk makluman, Kolam Renang UiTM akan menangguhkan segala permohonan kelas renang mulai minggu ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak, untuk memberi laluan menamatkan kelas renang yang sedang berlangsung sekarang dan juga sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan.

Penangguhan ini dijangka akan ditamatkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangkakan pada hujung bulan Julai 2014.

Untuk makluman juga, Kolam Renang UiTM akan ditutup sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh dikemukakan ke e-mel kami di kolamrenanguitm@gmail.com.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekali lagi, terima kasih atas sambutan terhadap Kolam Renang UiTM.

Jumpa lagi.

Monday, May 12, 2014

Notis Penutupan Kolam Renang UiTM

Salam 1 UiTM dan Salam 1Malaysia,

Harap pengunjung kolam kami berada dalam keadaan sihat senantiasa.

Untuk makluman, Kolam Renang UiTM akan ditutup pada hari Selasa, 13 Mei 2014 sempena cuti umum bagi perayaan Hari Wesak.

Kolam renang kami akan dibuka semula seperti biasa pada Rabu, 14 Mei 2014.

Harap maklum.

Selamat bercuti semua dan jumpa di Kolam Renang UiTM kelak!

Terima kasih.