Saturday, May 17, 2014

Pengumuman - Penangguhan Pengambilan Peserta Kelas Renang

Salam 1UiTM & Salam 1Malaysia,

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua ke atas Kolam Renang UiTM.

Kami merasa amat gembira melihat Kolam Renang UiTM senantiasa dikunjungi anda semua tidak kira hari dan sesi.

Untuk makluman, Kolam Renang UiTM akan menangguhkan segala permohonan kelas renang mulai minggu ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak, untuk memberi laluan menamatkan kelas renang yang sedang berlangsung sekarang dan juga sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan.

Penangguhan ini dijangka akan ditamatkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangkakan pada hujung bulan Julai 2014.

Untuk makluman juga, Kolam Renang UiTM akan ditutup sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh dikemukakan ke e-mel kami di kolamrenanguitm@gmail.com.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekali lagi, terima kasih atas sambutan terhadap Kolam Renang UiTM.

Jumpa lagi.

2 comments:

  1. can i have the schedule please
    thank you

    ReplyDelete
  2. Sye berminat untuk belajar di sini. Bilakah pendaftaran baru di buka?

    ReplyDelete