Monday, August 11, 2014

Jom Berenang!

Salam 1UiTM dan Salam 1Malaysia,

Apa khabar semua?

Sukacita diumumkan, Kolam Renang UiTM akan memulakan operasi seperti biasa mulai Isnin, 11 Ogos 2014.

Sesi dan jadual renang boleh didapati di pautan 'Sesi Renang' kami.

Sesi kelas renang juga akan dimulakan pada Isnin, 18 Ogos 2014; kepada yang sudah menghantar borang, pihak kami akan menghubungi tuan/puan selewat-lewatnya pada minggu ini.

Pendaftaran untuk kelas renang akan dibuka sehingga hujung bulan Ogos 2014.

Makluman lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Semoga berjumpa di Kolam Renang UiTM!